Fakta Singkat Tentang Dr Zakir Naik

Berita kunjungan penceramah agama tersohor dari India, Dr Zakir Abdul Karim Naik, telah menimbulkan berbagai reaksi di dalam Malaysia.

Sebagian masyarakat Malaysia amat menantikan kedatangannya dan ingin mengikuti acara ceramah yang mengasah ketajaman pemikiran, khususnya tentang pemahaman dan penilaian berlandaskan perspektif agama Islam.

Namun, dalam waktu yang sama, sebagian lagi masyarakat menganggapnya sebagai 'ancaman', kerana kehebatannya berdebat dilihat dapat menimbulkan perpecahan dan ketegangan agama.

Setelah tampil menarik perhatian dengan kemunculan di Terengganu pada Ahad, Dr Zakir menjadi topik hangat ketika Ketua Polisi Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan agar ceramahnya di Universitas Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak diteruskan atas sebab ketenteraman dan sensitivitas agama di Malaysia.

Penceramah yang telah berusia setengah abad itu dijadwalkan menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam).

Isu Dr Zakir kini menjadi perbincangan hangat di Malaysia, tetapi sejauh manakah kita mengenali beliau?



Berikut adalah beberapa 8 fakta singkat tentang penceramah tersebut:

1. Dr Zakir Abdul Karim merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampai ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai.

2. Dr Zakir merupakan seorang doktor bidang kesehatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mulai bekerja dalam bidang dakwah, dan mendirikan Islamic Research Foundation (IRF).

3. Dr Zakir merupakan seorang yang pandai dalam membuat penilaian kritis dan memberi jawaban strategik kepada pertanyaan-pertanyaan yang diajukan oleh penonton selepas ceramahnya.

4. Dalam ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan al-Quran, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta ilmiah.

5. Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam waktu 20 tahun (sampai tahun 2014) Dr Zakir telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia.
Antaranya ialah Amerika Serikat, Kanada, United Kingdom, Italia, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

6. Pada bulan Maret 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu pertemuan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah.

7. Pada tahun 2012, Dr Zakir pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau berlangsung di Johor Bahru, Universitas Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

8. Dr Zakir pernah menerima berbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013 M di Putrajaya.

https://mobile.facebook.com/Aku.Cinta.Allah.1/photos/a.483898061648642.107616.483715128333602/1062707790434330/?_e_pi_=7%2CPAGE_ID10%2C8207828310
Labels: info, sosmed, sosok

Terimakasih telah membaca Fakta Singkat Tentang Dr Zakir Naik. Silahkan bagikan...

0 Comment for "Fakta Singkat Tentang Dr Zakir Naik"

suara21.com. Powered by Blogger.
Back To Top